[postlink]
http://rshmedia.blogspot.com/2012/04/ceramahtidak-serupa-tapi-sama.html[/postlink]
http://www.youtube.com/watch?v=FeqWjJ1wxKEendofvid
[starttext]
Tidak Serupa Tetapi Sama
On 24/04/2012,
in Zikir Fikir, by Abu Saif
Kuliah Maghrib malam tadi terasa agak 'keras'.
Harapnya ia tegas, bukan keras.
Penegasan bahawa hanya dengan membersihkan anasir Syirik di dalam diri, baru datang rasa 'aman' dalam beragama [AL-AN'AAM 6: 82]. Selagi hak Allah masih dirasakan ada di tangan manusia yang manusia seperti kita, selagi itulah perjalanan hidup akan terus menerus seperti memanjat ke langit dan menyesakkan dada:
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya ( membuka hatinya ) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya , nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya , seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit ( dengan susah payahnya ). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman . [AL-AN'AAM 6: 125]
Islam seperti oksigen.
Makin sedikit makin sesak dada.
Kata al-Imam al-Thabari:
الصدر الذي لا تصل إليه الموعظة ولا يدخله نور الإيمان لرين الشرك عليه
Jiwa yang tidak berupaya sampai kepadanya peringatan, tidak masuk ke dalamnya cahaya iman dek karat Syirik yang meliputi -- Al-Thabari
SYIRIK DAN HIDUP YANG TERAWANG-AWANG
Jika Syirik tidak dihindari, kehidupan bakal menjadi seperti ungkapan Sayyid Qutb di dalam al-Tasweer al-Fanni fi al-Qur'aan; tidak berdahan, tidak berakar, tidak bertahan dan tidak stabil (terawang-awang) dan musnah dirobek sebelum sempat jatuh ke tanah:
( Amalkanlah perkara-perkara itu ) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya ; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung , atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan ) . [AL-HAJJ 22: 31]
Kuliah malam tadi bertemakan GAMBARAN INSAN DI DALAM ANALOGI AL-QURAN.
GAMBARAN INSAN DI DALAM TASYBIH AL-QURAN
More PowerPoint presentations from Hasrizal Abdul Jamil
...
Ada 148 analogi di dalam al-Quran yang mana Allah mengumpamakan manusia dan kehidupannya dengan pelbagai objek juga subjek. TASYBEEH yang lebih tepat jika diterjemahkan sebagai ALLEGORIES merupakan salah satu daripada disiplin al-Quran pada melakukan provokasi kepada manusia supaya mereka BERFIKIR.
HAIWAN TERNAK
Hakikatnya kita sama seperti haiwan ternakan kerana kita dan kambing (contohnya) sama-sama ada mata, otak dan telinga. Namun kambing menggunakan mata, telinga dan otak untuk memenuhi KEPERLUAN, sebaliknya manusia yang beriman menggunakan mata, telinga dan otak untuk memenuhi TUJUAN, itu titik bezanya:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. [Al-A'raaf 7: 179]
Nampakkah kamu keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan
Credit : Link [endtext]